Isnin, 17 Januari 2011

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pembaca. Ini kali pertama dalam hidup saya menulis blog. Tujuan menulis blog ni hanyalah semata-mata untuk kita sama-sama berfikirkan tentang kehidupan kita yang semakin hari semakin dimakan masa..dimamah usia..semalam jadi kenangan..esok jadi pertaruhan..semuanya berlegar-legar dalam pemikiran saya..Saya bersyukur kepada Tuhan Allah s.w.t kerana saya dilahirkan dibumi Malaysia yang betuah ini..bebas dari segala ancaman Dunia atau pun ancaman dari orang yang tamak (perang , politik dan sebagainya) Memang kehidupan ini kalau diikutkan tidak adil pada yang lain, tapi semuanya berbalik kepada basic (asas)..iaitu peraturan (Agama,Undang-undang ,Garispanduan), Garispanduan ciptaan manusia tampak sama sekali membantu kekadang..mencipta kekalutan dan kepayahan, dimasa hari-hari yang berlalu semuanya nampak sempurna..tiba2 muncul keadaan yang tak selesa pada setengah pihak, Puncanya apa? kerana ianya ciptaan manusia..Berbanding dengan peraturan dan garispanduan daripada Tuhan..Manusia nampak seolah2 dalam peraturan yang ditetap kan dalam Al-Quran ada kesilapan tak sesuai diguna pakai..perlu diubah dan perlu dirancang mengikut perancangan..alasannya Human Rights, Para pembaca saya hormati, akal manusia tak sehebat yang dicanangkan walaupun kita mampu cipta roket utk keangkasa raya masih lagi kita perlu mengambil bahan-bahan yang ada dimuka bumi Tuhan ini untuk membelah angkasa. Kalau hendak diikutkan memang lah perlu perancangan. Tapi adakah sifat KeTuhanan itu lemah sehingga kita kena gariskan satu-persatu apa yang perlu? sedangkan kita ini daripada tidak ada kepada ada? Saya rasa seolah-olah terpanggil untuk menyata kan apa yang saya rasa dan perlu untuk saya luahkan apa yang saya percaya. Kepada sesiapa yang nak memulakan langkah pertama ni marilah bersama saya untuk mengenali kehidupan didunia ini yang sebenarnya..saya tak janjikan magik atau pun perkara2 ghaib..saya cuma menukilkan apa yang saya rasa perlu untuk kita beri perhatian. Saya tak tahu apa lagi bukti pada kita yang ingin menunjukkan bahawa agama islam adalah agama sebenar-benarnya, dan kenapa manusia benci pada Agama Islam ini dan kenapa ianya jadi agama yang ganas bagi orang2 yang bukan islam diluar sana. Para pembaca yang saya hormati..bayangkan lah kalau kehidupan kita ini penuh dengan org yang sifat nya persis Nabi Muhammad SAW. Katakanlah ada 100 org macam sifatnya persis Nabi SAW di tempat kerja kita..adakah masaalah saing bersaing (cara kotor)? adakah masaalah dengki dengan kenaikan gaji atau pangkat? adakah mereka membiar kan kita dengan kerja-kerja yang tidak siap dengan alasan itu bukan kerja aku? saya yakin semua yang bekerja hari itu akan rasa seronok dan tidak akan rasa risau bila datang ke tempat kerja, malah jikalau ada yang mengambil kesempatan..akan rasa malu bila asyik rakan dia je yang membanting tulang..malah dia rasa marah kalau ada orang cuba buat kerja dia. Saya rasa mungkin mereka dengan sendiri berhenti kerja kerana mereka tidak ada ruang langsung untuk membuat jalan short-cut (singkat) ataupun menaiki roket untuk mengapai bintang dilangit (naik pangkat lah..) hehe.


Ini adalah nukilah saya yang bermula dengan langkah pertama untuk membuka 1000 langkah lagi apa yang saya fikirkan tentang kehidupan kau dan aku..Para pembaca tau sapa kau dan aku itu? Itu adalah diri pembaca sendiri kau dan aku adalah satu..kau akan membantu aku bila aku perlu..aku akan susah kalau kau melakukan perkara yang merosakkan aku..aku perlukan bantuan kau..kau mesti fikirkan aku bila kau buat sesuatu...aneh bukan? kita dikelilingi kawan-kawan yang kononnya setia..tapi dimasa kesusahan dan kesulitan hanya KAU DAN AKU yang membantu..sehingga kita berjumpa lagi..masa mencemburui kita untuk bersama..ingatlah ayat ini ungkapan dari seorang sahabat "bila kita berbuat baik pada org lain bermakna kita berbuat baik pada diri sendiri dan jika kita berbuat baik pada diri sendiri bermakna kita berbuat baik pada setiap org disekeliling kita" semoga kita berjumpa lagi di hari yang lain..Insya Allah Assalamualaim